Wednesday, August 15, 2012

Latihan Penulisan Melengkapkan Karangan


AKU   SEHELAI   BAJU

            Aku ialah sehelai baju kemeja. Aku kelihatan sangat ________ dan warna aku ialah_______________Aku telah dibuat disebuah kilang pakaian di Kulim. Aku bersama-sama dengan kawan-kawanku telah dihantar ke sebuah___________ di Bandar Butterworth.
Aku telah dipamerkan di dalam kedai. Semua pengunjung dan kawan-kawanku memuji aku. Hal ini demikian kerana aku ____ dan berjenama.
          Pada suatu hari, ada seorang_______ berkunjung ke kedai itu. Dia melihat-lihat semua pakaian yang  dipamerkan. Sebaik sahaja melihat aku, dia terus  berminat untuk___________________ aku.  Aku kelihatan sungguh ____________apabila dipakai di badannya sehingga dia kelihatan amat bergaya. Aku terus dibeli oleh lelaki itu.
           Aku telah dijaga dengan_________ . Malahan aku telah ditempatkan di dalam _______________. Sebaik   sahaja selesai memakai aku, aku akan dicuci dan _________________dengan seterika. Keadaan ini membolehkan aku kelihatan sentiasa______________ dan bersih.
              Aku sering dipakai ke tempat _______________ dan majlis keraian apabila dia dijemput. Aku berasa ____________ kerana menjadi pakaian kegemarannya.                  Walau bagaimanapun, selepas ____________ tahun, warna aku mula pudar. Mungkin kerana sering sangat dipakai dan dicuci. Malahan _____________ aku juga telah ketinggalan zaman. Lelaki itu mula jarang memakai aku lagi.
             Pada suatu hari, ketika aku dipakainya ke tempat kerja, ada sebotol_______________ telah tertumpah ke  atas aku. Lelaki itu cuba mencuci aku tetapi kesan dakwat itu tidak_____________.  Aku menjadi lebih kotor dan comot.  Sejak dari hari itu, aku telah dijadikan _______________pengelap meja. Aku sedia berbakti kepada lelaki itu
selagi_________________ . Begitulah berakhirnya riwayat hidup aku.
Isikan tempat kosong dengan kata majmuk yang sesuai.

biru muda         jawatankuasa      warganegara      terima kasih      diubah suai

 Orang miskin itu mengucapkan …………………… kepada penduduk kampung yang       menghulurkan bantuan kepadanya.
Gadis itu gemar memakai baju kurung berwarna………………………
Bilik darjah itu telah………………..menjadi makmal komputer sekolah.
Semua ahli …………………. Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang terpilih berjanji akan menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh.
Semua ………………………..Indonesia yang ditangkap akan dihantar ke Pusat Tahanan Semenyih


Isikan tempat kosong dengan kata nama yang sesuai.

petani     Samsung       sekolah          Proton Saga       lalat

Makanan yang terdedah di atas meja itu telah dihinggap oleh………………………
Beberapa orang………………………sedang membangting padi di bendang.
Orang ramai berlumba-lumba melihat kereta……………………..di bilik pameran itu.
Pak Harun membawa televisyen berjenama………………………… untuk dibaiki.
Ibu bapa hadir ke ………………………. untuk menandatangani kad pelaporan akademik.


Isikan tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai

batang     sikat      longgok      bentuk      laras      tangkai     helai    jambak    utas     pucuk

Berapa………………..sungai di Malaysia dilaporkan tercemar sejak lima tahun lepas.
Mak Utih memasukkan beberapa ……………………..pisang ke dalam bakul.
Beberapa…………………..buah manggis telah habis dijual oleh Pak Ali pagi tadi.
Beberapa………………………..cincin ibu yang hilang sebulan yang lalu telah dijumpai oleh adik.
Dua…………………..senapang yang digunakan dalam rompakan itu telah berjaya dijumpai oleh pihak polis.
Nenek membawa pulang beberapa……………………. rambutan dari kebunnya.
Kakak membeli ketiga-tiga……………………..kain batik yang ditunjukkan oleh penjual tadi.
Dua……………………… bunga ros yang dimasukkan ke dalam pasu bunga itu telah layu.
Kakak membeli beberapa………………..rantai emas putih dari kedai Raju.
Tiga ………………pistol digunakan dalam rompakan itu