Tuesday, September 25, 2012

Pemahaman (Objektif)


Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikut.

Nama saya Emmanie. Saya murid Tahun 1 Biru. Datuk saya bernama Encik Chang Wai Hou. Beliau berumur 60 tahun. Nenek saya pula bernama Puan Lim Si Yen berumur 60 tahun. Encik Chang Yeo Kit ialah ayah saya, beliau berumur 40 tahun. Manakala ibu saya ialah Puan Liew Ou Ping berumur 38 tahun.
               Saya ada seorang abang dan adik. Billy ialah abang saya. Dia berumur 12 tahun. Adik saya pula ialah Kiti berumur 3 tahun. Saya sangat sayang akan keluarga saya.

1. Apakah perkara yang diceritakan oleh petikan di atas?
A. Keluarga Emmanie                                                 C. Kegemamn Emmanie
B. Pekerjaan bapa Emmanie                                       D. Kawan-kawan Emmanie

2. Berapakab uniur Emmanie?
A. 7 tahun                                                                   C. 1 tahun
B. 3 tahun                                                                   D. 9 tahun

3. Keluarga Emmanie terdiri daripada berapa orang ahli?
A Lapan orang                                                            C. Lima orang
B Tujuh orang                                                             D. Empat orang

4. Siapakah yang belajar di Tahun 6?
A Chang Wai Hou                                                      C. Billy
B. Lim Si Yen                                                             D. Kin

5. Bagaimanakah perasaan Emmanie terhadap keluarganya?
A. Emmanie marah akan keluarganya
B  Emmanie benci akan keluarganya
C. Emmanie rindu akan keluarganya
D. Emmanie sayang akan keluarganya


Soalan 6-10
Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikut
            Nama saya Haziq. Pada cuti sekolah yang lalu saya mengikut keluarga saya balik ke kampung halaman ayah saya. Ketika sampai disana, saya disambut oleh datuk dan nenek saya dengan penuh kegembiraan.
            Pada sebelah petangnya pula, saya pergi bermain dengan sepupu saya. Saya mempunyai tiga orang sepupu iaitu Haminah dan Daud. Haminah adalah anak yang pertama dan kakak kepada Daud. Mereka tinggal bersebelahan dengan rumah datuk saya.
            Saya sungguh gembira kerana dapat balik ke kampung dan berjumpa dengan sepupu saya.

6. Bilakah Haziq balik ke kampung halaman ayahnya?
A. Cuti sekolah                                                           C. Hari Guru
B. Hari sukan                                                              D. Cuti hari raya


7. Siapakah yang menyambut kedatangan Haziq dan keluarganya?
A. Bapa dan Emak saudaranya                                   C. Datuk dan neneknya
B. Sepupunya                                                              D. Bapa saudara dan anak saudaranya


8.Haziq mempunyai berapa orang sepupu?
A. 2 orang                                                                   C. 4 orang
B. 3 orang                                                                   D. 5 orang


9. Apakah hubungan antara Haminah dan Daud?
A. Kakak ipar dan adik ipar                                        C. Sepupu
B. Biras                                                                       D. Kakak dan Adik


10. Apakah perasaan Haziq ketika balik ke kampung?
A. Sedih kerana balik ke kampung
B. Kecewa kerana balik ke kampung
C. Riang kerana balik ke kampung
D Gembira kerana balik ke kampung


No comments:

Post a Comment