Tuesday, September 25, 2012

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian


Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian
Matapelajaran                     : Bahasa Melayu
Tingkatan                             : Peralihan
Masa                                      : 1 Jam
Bilangan Pelajar                  : 30 orang
Tajuk                                     : Seni mempertahankan diri
Kemahiran                            : Menulis
Hasil Pembelajaran            : 9.1 Mengimlak (mengambil rencana) berdasarkan teks yang dibacakan atau    
                                              diperdengarkan.
Objektif                                 :  Pelajar dapat mengimlak perenggan dengan tanda baca yang betul berdasarkan teks 
                                              yang diperdengarkan
Pengetahuan sedia ada      : Pelajar pernah membuat latihan ejaan dan mengimlak beberapa baris ayat 
                                             dengan tanda baca yang betul
Aras                                        : Aras 2
BBM                                      : Buku rujukan atau buku teks

Langkah
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Set Induksi
5 minit




1.       Guru menyebut beberapa perkataan yang mudah daripada teks yang akan dibacakan atau diperdengarkan.
2.       Pelajar menulis perkataan tersebut di papan putih.




Aktiviti 1
15 minit

1.       Pelajar membaca teks yang diberikan secara individu.
2.       Guru membetulkan kesalahan sebutan dan intonasi pelajar.




Aktiviti 2
15 minit

1.       Guru membacakan teks yang diberikan.
2.       Pelajar membaca kuat teks yang diberikan mengikut guru




Aktiviti 3
5 minit

1.       Guru menyebut beberapa perkataan yang sukar dalam teks.
2.       Pelajar menyebut perkataan-perkataan yang disebut oleh guru.



Aktiviti 4
10 minit


1.       Guru membacakan teks yang diberikan perkataan demi perkataan dengan lantang.
2.       Pelajar mendengar dengan teliti dan mengimlak teks yang dibacakan oleh guru.



Aktiviti 5
Penutup
10 minit


1.       Guru menulis perenggan yang dibacakan.
2.       Pelajar menyemak perenggan yang ditulis oleh mereka.
3.       Pelajar membuat pembetulan dengan menulis semula perenggan tersebut.



No comments:

Post a Comment